DAPATAN KAJIAN
HASIL TEMUBUAL STAF SEKOLAH
Hasil daripada temu bual kepada staf sekolah iaitu guru dan pekerja pembersihan sekolah A ini menunjukkan ada perbezaan pendapat dan pandangan masing-masing tentang persekitaran sekolah A. Temu bual pertama dilakukan kepada guru A iaitu guru ganti di sekolah tersebut di bilik guru. Hasil daripada temu bual kepada guru A mendapati, guru ini sangat suka dengan suasana sekolah ini yang sangat selesa dan menenangkan. Beliau juga berpendapat susunan perabot di dalam setiap kelas adalah selesa dan mudah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Pandangan guru A terhadap hubungan antara cikgu dan pelajar adalah beliau merasakan agak sukar untuk mengawal pelajar kerana sekolah ini mempunyai pelajar yang bercampur antara lelaki dan perempuan. Apabila diajukan tentang soalan pendekatan yang digunakan untuk proses pengajaran, guru ini mengatakan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya dalam kelas beliau lebih menggunakan perbincangan kerana pelajar aktf di dalam kelas. Selain itu pendapat guru ini pula tentang apakah perubahan yang diigini untuk sekolah, guru ini berpendapat, pihak sekolah perlu menambahkan bilangan kelas atau mengurangkan pengambilan pelajar ke sekolah tersebut kerana pelajar dalam satu kelas sudah lebih daripada 30 orang pelajar. Berdasarkan temu bual dengan cikgu A, kami mendapati guru ini kurang suka dengan sistem sekolah ini.
Seterusnya, untuk temu bual bersama guru B iaitu pembantu makmal pula dilakukan di makmal kimia sekolah A. Kami mengajukan soalan tentang, kapasiti makmal adakah makmal mampu memuatkan satu kelas yang ramai dalam satu sesi eksperimen, guru B menjelaskan bahawa setakat ini makmal di sekolah ini mampu menampung bilangan pelajar yang ramai dalam satu kelas tersebut. Beliau juga menyatakan yang keperluan bahan dan radas di dalam makmal selalunya mencukupi dan beliau menjelaskan tindakan yang akan dilakukan apabila radas pecah iaitu, pelajar akan didenda dalam bentuk wang mengikut apa yang telah dirosakkan. Respon guru B apabila diajukan tentang persoalan keadaan perabot di dalam makmal, beliau mengatakan yang banyak kerusi dan meja sudah rosak. Persoalan tentang bantuan kewangan, pihak mana yang dapat membantu dari segi sumbangan wang, guru B memberitahu yang pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sangat membantu dari segi kewangan dan pihak sekolah juga ada melakukan kitar semula untuk mendapatkan wang. Berdasarkan temu bual ini, kami mendapati guru B berpuas hati dengan keadaan makmal yang mampu menampung kapasiti pelajar dalam satu sesi pembelajaran dan tindakan hukuman yang ditetapkan, walaupun banyak kerusi dan meja makmal ada kerosakan. Kami juga mendapati hubungan ibubapa dan pihak sekolah adalah sangat baik kerana mereka bekerjasama untuk mendapatkan bantuan kewangan.
Manakala temu bual yang ketiga ialah dengan guru C dan dilakukan di pejabat sekolah. Kami menanyakan tentang perhimpunan rasmi dan keadaan surau di sekolah A. Guru ini memberitahu perhimpunan rasmi yang diadakan setiap hari Isnin, biasanya diadakan di depan sekolah iaitu di tempat letak kereta, disebabkan itu setiap hari Isnin semua guru akan memarkir kereta mereka di kawasan padang sekolah. Manakala pendapat beliau mengenai keadaan surau ialah surau yang berada di sekolah ini sangat kecil dan hanya mampu memuatkan pelajar dalam dua kelas sahaja. Mengenai persoalan tentang kerjasama bersama PIBG sekolah, cikgu C menjelaskan yang PIBG sekolah sangat membantu dari segi sumbangan kewangan untuk untuk prasarana sekolah, lawatan sekolah, kesihatan pelajar, dan sumbangan untuk majlis-majlis di sekolah ini. Berdasarkan penjelasan guru C tentang keselamatan di sekolah pula, beliau menjelaskan kawasan sekolah ini berada di kawasan bukit, dan pelajar yang ingin pulang atau datang ke sekolah perlulah berhati-hati ketika melintas jalan raya kerana banyak kereta yang tidak menyedari akan lampu isyarat berdekatan pagar sekolah. Beliau juga menyatakan pandangan beliau tentang keinginan untuk membuat perubahan bagi sekolah A ini, ialah, ingin pihak sekolah mendirikan satu dewan baru untuk memudahkan pelajar membuat perjumpaan dan tidak perlu lagi bersesak-sesak di kawasan sekitar sekolah. Berdasarkan temu bual ini, kami mendapati guru C merasakan yang kawasan sekolah ini kurang strategik kerana kawasan perhimpunan yang sempit dan ketiaadaan dewan untuk membuat perjumpaan dan sebagainya.
Temu bual seterusnya dilakukan kepada mak cik A iaitu tukang cuci dan dilakukan di laman sekolah. Mak cik A sangat menyukai suasana dan keadaan sekolah yang selesa dan menenangkan apabila kami mengajukan soalan meminta pendapatnya tentang suasana sekolah A. Kemudian beliau menyatakan yang sikap yang patut dipuji dalam kalangan tukang cuci ialah sentiasa membersihkan sekolah dan memastikan keceriaan sekolah terjamin dan sumbangan tukang cuci kepada sekolah pula selain pembersihan adalah tukang cuci juga turut terlibat dalam penambahbaikan dan keceriaan di sekeliling sekolah. Soalan temu bual juga menanyakan kepada mak cik A tentang sikap pelajar di sekolah ini dan beliau menjelaskan yang beliau sangat menyenangi sikap pelajar kerana masalah pelajar suka membuang sampah di merata-rata tempat mampu diatasi oleh semua pihak di sekolah A ini. Apabila ditanyakan tentang persoalan yang berkaitan perubahan yang diingini di sekolah, mak cik A berpandangan yang pihak sekolah perlu membina ruang baru untuk digunakan oleh para pelajar. Berdasarkan temu bual bersama mak cik A ini, kami mendapati tukang cuci juga mempunyai peranan penting dalam memberi sumbangan kepada kebersihan persekitaran di sekolah. Disebabkan itu, sekolah A sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan sangat ceria dan membanggakan pihak sekolah A.
HASIL TEMUBUAL PELAJAR SEKOLAH
Hasil temu bual bersama pelajar sekolah A ini menunjukkan ada perbezaan pendapat dan pandangan masing-masing tentang persekitaran sekolah A. Bagi pelajar A yang mengambil aliran sastera tingkatan 5, mengatakan yang dia tidak suka datang ke sekolah kerana seni bina sekolah A ini sangat lama dan tidak menarik baginya. Bagi persoalan tentang makanan di kantin, pelajar tersebut mengatakan yang dia suka makanan di kantin dan memuji masakan kantin dengan mengatakan sedap. Seterusnya, kami menanyakan tentang kepuasan pembelajaran di dalam kelas dan pelajar A menyatakan beliau kurang berpuas hati kerana dalam kelas terlalu ramai dalam satu kelas. Hubungan pelajar dan guru baik-baik sahaja seperti yang diberitahu pelajar tesebut terhadap pertanyaan kami. Perihal soalan perubahan yang diingini daripada pihak sekolah pula, pelajar A berpandangan ingin sekolah membina bangunan baru yang lebih selesa. Berdasarkan temu bual ini, kami mendapati, yang pelajar A sebenarnya tidak suka hadir ke sekolah kerana sukar untuk fokus semasa sesi pembelajaran dan pengajaran adalah kerana bilangan pelajar di dalam kelas adalah terlalu ramai. Respon pelajar A ini juga amat mengejutkan kerana berdasarkan pemerhatian kami, pelajar seronok ketika belajar dalam kelas.
Manakala bagi pelajar B iaitu pelajar aliran sastera tingkatan 6, menyatakan yang beliau suka hadir ke sekolah kerana, bangunan kelas untuk pelajar tingkatan 6 masih baru dan cantik. Bagi persoalan tentang makanan di kantin, pelajar B juga sama seperti pelajar A yang mengatakan makanan di kantin sedap serta harganya murah dan berpatutan. Persoalan tentang kepuasan pelajar belajar di dalam kelas pula, pelajar B menyatakan bahawa beliau antara suka dan tidak suka kerana pelajar dalam kelas sangat ramai tetapi cikgu tingkatan 6 pandai menarik minat pelajar untuk belajar. Hubungan pelajar dan guru adalah baik-baik sahaja sama seperti pelajar A. Mengenai pertanyaan tentang perubahan yang diingini di sekolah, pelajar B mencadangkan pihak sekolah boleh membina satu ruang khas untuk pelajar. Berdasarkan temu bual dengan pelajar B, kami mendapati, yang pelajar ini sangat suka hadir ke sekolah kerana sesi pengajaran dan pembelajaran adalah menarik. Berdasarkan pemerhatian kami, kami menyedari yang pelajar ini sangat menghormati guru dan rakannya.
PANDANGAN DAN PENDAPAT STAF SEKOLAH DAN PELAJAR
Berdasarkan kaedah temu bual, kami mendapati ramai staf sekolah seperti guru-guru, kakitangan, tukang cuci dan pelajar-pelajar memberikan pendapat serta pandangan yang berbeza mengenai persekitaran sekolah A. Melalui pemerhatian kami, persekitaran sekolah A adalah dalam peringkat sederhana kerana berdasarkan pendapat dan pandangan daripada warga sekolah, sekolah ini perlu penambahbaikan dari segi struktur bangunan dan perlukan bangunan baru untuk menampung kapasiti pelajar yang agak ramai di dalam satu kelas tersebut. Keceriaan kawasan sekolah juga perlu diperbaiki kerana terdapat pelajar yang tidak menyukai kawasan sekolah yang lama dan tidak ceria. Pembinaan bangunan baru juga perlu kerana, sekolah ini tiada bangunan dewan. Selain itu, membina ruang baru untuk pelajar juga adalah pendapat sesetengah warga sekolah ini. Berdasarkan temu bual yang dijalankan, kami mendapat jawapan tentang perubahan persekitaran sekolah yang diigini oleh warga sekolah. Pernyataan maklumat itu adalah seperti di dalam jadual 1.
Perkara
|
Bilangan warga sekolah
|
Penambahan kelas
|
1
|
Membina dewan dan bangunan baru
|
2
|
Membina ruang baru untuk pelajar
|
2
|
Jadual 1: Pandangan warga sekolah tentang perubahan yang diingini di sekolah.
Kehadiran ke sekolah adalah dititiberatkan bagi setiap pelajar kerana kehadiran ke sekolah menentukan tahap kefahaman dan kepatuhan pelajar terhadap peraturan sekolah. Berdasarkan pemerhatian dan temu bual pelajar, kami mendapati pelajar mempunyai sebab kerana mereka tidak suka hadir ke sekolah dan suka hadir kesekolah.
Disediakan oleh : Fatin Fasihah Binti Mohd Arshad (D20191088523)
PEMERHATIAN PERSEKITARAN SEKOLAH
BILIK DARJAH
Secara keseluruhannya, bilik darjah di sekolah ini (33 bilik darjah) tidak mencukupi bagi menampung kapasiti pelajar. Oleh hal yang demikian, pihak sekolah terpaksa menggunakan dewan sebagai bilik darjah. Menurut pihak sekolah, setiap kelas sangat padat dengan pelajar kerana ada lebih daripada 30 orang pelajar dalam satu kelas. Namun, kerusi dan meja adalah mencukupi. Bagi pelajar tingkatan 6, kelas mereka ditempatkan di blok akademik mereka sendiri, jadi mereka lebih berasa selesa apabila berada di dalam kelas berbanding pelajar tingkatan 1 hingga 5. Walaupun begitu, dilihat pelajar dapat menjaga kebersihan kelas dengan baik sekali.
BILIK GURU
Bilik guru di sekolah ini sangat sempurna jika diperhatikan kerana dari pintu masuk bilik guru, kami dapat melihat susun atur meja guru yang sangat teratur yang dapat memudahkan pelajar mencari guru untuk berurusan dengan mereka. Di ruang rehat guru pula, disediakan sofa dan meja serta surat khabar bagi guru-guru berehat pada waktu rehat mereka.
MAKMAL SAINS
Makmal sains di sekolah ini ada 4 makmal semuanya. Bahan dan radas dalam makmal sentiasa mencukupi dan akan ditambah jika kekurangan. Suasana, pengudaraan, dan kebersihan makmal-makmal sains juga sangat baik kerana dijaga oleh pembantu makmal yang sangat komited. Makmal juga dapat memuatkan kapasiti pelajar dalam satu kelas bagi satu sesi eksperimen. Jika ada keperluan bagi memohon dana bagi membeli alatan radas makmal, pembantu makmal akan meminta bantuan PIBG dan mereka juga mempunyai inisiatif sendiri mencari modal untuk membeli alatan radas dengan menjual bahan kitar semula.
KANTIN
Kantin sekolah ini mempunyai dua sesi bagi mengelakkan kesesakan kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai. Walaupun kantin dibahagikan kepada dua sesi, namun meja dan kerusi adalah tidak mencukupi untuk semua pelajar dalam satu sesi dimana pelajar perlu makan di atas lantai ataupun di pondok. Berita baiknya, makanan dan minuman di sekolah ini dikatakan sedap dan dijual dengan harga yang berpatutan.
PADANG
Padang sekolah mampu memuatkan semua pelajar dalam satu masa kerana keluasan yang sangat sesuai dengan kapasiti pelajar. Hari Sukan juga diadakan dengan meriah sekali.
PARKIR KERETA
Parkir kereta sekolah ini sangat terhad. Tidak semua guru yang akan memandu kereta ke sekolah disebabkan hal tersebut. Tapak perhimpunan pelajar di hadapan sekolah dijadikan parkir kereta guru, semasa perhimpunan, semua guru diminta meletakkan kereta mereka di padang dahulu.
KESELAMATAN JALANRAYA DAN SEKOLAH
Dari segi keselamatan, sekolah ini mempunyai keselamatan yang sangat baik. Pengawal keselamatan menjalankan tugas mereka dengan melakukan rondaan pada setiap masa selain memastikan pelawat yang datang dari luar mencatatkan nama dan masa bagi memperolehi pas masuk. Mereka juga menjaga lalu lintas pada waktu mula dan habis sekolah kerana kawasan sekolah yang berbukit amat membahayakan keselamatan pelajar jika mereka tidak berhati-hati. Selain itu, kes kemasukan haiwan liar seperti khinzir yang disebabkan oleh pagar yang rosak telah mengganggu proses pembelajaran kerana ia membuang najis di dalam kelas.
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
PIBG sekolah ini sangat aktif kerana sentiasa bersedia menghulurkan sumbangan dan bantuan dari segi kewangan ataupun pertolongan. Dana yang dikumpulkan melalui PING digunakan bagi menaiktaraf infrastruktur di sekolah selain dapat membantu guru-guru bagi menghantar anak-anak yang sakit ke klinik untuk rawatan. Selain itu, dana jjuga digunakan untuk program tahunan yang diadakan oleh pihak sekolah. Namun begitu, pihak sekolah perlu meminta lebih banyak dana bagi membina dewan baharu untuk keselesaan pelajar.
PERHUBUNGAN GURU DAN PELAJAR.
Perhubungan antara guru dan pelajar di sekolah ini sangat membanggakan. Berdasarkan temuduga dengan pelajar, mereka mengatakan bahawa antara sebab-sebab mereka suka hadir ke sekolah adalah kerana mendapat layanan yang baik daripada guru-guru. Guru-guru sekolah itu amat mementingkan kebajikan dan keselamatan pelajar. Sekolah ini juga mengamalkan pembelajaran dua hala dimana guru-guru dapat berinteraksi dengan baik bersama pelajar mereka.
Disediakan oleh : Nur Irfanisya Binti Mohd Azuan Rizal (D20191088449)




No comments:
Post a Comment